Pertama kali mendengar pasal Emas, apa yang kita fikirkan selalunya perkara negatif dan positif bercampur baur. Pertama kita rasakan emas itu satu logam yang mahal. Kedua kita risau nak beli takut hilang. Ketiga kita fikirkan kalau dah beli nanti susah nak jual balik. Keempat kita dok fikir lepas simpan nak jual berapa lama pulak? Kelima kita rasa rugi bila dah beli nak jual balik dapat harga murah. Keenam bagi lelaki rasa emas bukan penting pun sebab bukan nak pakai. Ketujuh kalau kita belum kawin, bujang, nak beli utnuk apa? Bukan ada bini…
Aih.. kalau nak listkan benda negatif masa mula-mula mendengar beli emas ni akan ambil 20 kertas A4. Sebab apa? Sebab kita belum ada ilmu. Belum memahami apa gunanya beli emas. Masa tu yang kita tahu, emas beli masa nak tunang, masa nak nikah sebab kena beli untuk bini pakai. Kalau dapat harta waris dari mak pun kita akan bagi bini juga.. Tak fikir pun emas tu tak kira lah emas perhiasan atau emas pelaburan (macam gold bar atau dinar) ada nilai istimewa yang akan sentiasa naik dalam jangkamasa yang panjang.
So kita bermulalah membeli emas. Ketika itu lebih terpengaruh untuk membeli emas goldbar. Dulu ada yang panggil mini wafer. Sebab dia halus je.. Perasaan kagum terserlah. Begini rupanya perasaan kali pertama memiliki goldbar walaupun hanya 1gram sahaja. Buat keputusan nak membeli cukup lama! Rujuk sana-sini. Baca macam-macam komen sebab nak meyakinkan diri aku tak salah membeli emas walaupun sekeping! Akhirnya keyakinan tu datang. Dealer dah dihubungi dan tukar duit kat tangan untuk dapatkan emas goldbar 1gram ni.
Itu adalah antara banyak senario yang berlaku. Nak bermula… susah.. Dah bermula, mulai suka dan asyik ingin menukarkan sahaja duit lebihan kepada gram. Simple world adalah JUST TUKAT RM KEPADA GM (yang mewakili Gram). Melihat kepada penambahan nilai gram dalam pembelian Emas, merupakan satu pelayaran emosi yang mendebarkan. Sungguh! Yang belum memulakan pelayaran dengan memiliki kepingan Emas Goldbar ini, pasti mengimpikan perjalanan atau pelayaran menuju ke 2gram, 5gram, 10g…. dan mencapai 1kg jika momentum keyakinan, keberadaan, keinginan dan motivasi untuk menggapainya tidak putus di tengah jalan.
Untuk itu, lupakan berapa wang nak kita belanjakan membeli emas. Hanya fikirkan belian seterusnya jika kita ada lebihan dan duit tidak ada keperluan berbelanja kepada hal lain. Masa itu decide la untuk menambah GRAM EMAS untuk menyelamatkan nilai simpanan kita pada masa hadapan.
Emas tidak pernah murah. Ada lebihan wang, beli sahaja emas tidak kira berapa harganya kini. Tukar RM kepada RM. Simpan Emas Ingat Gram!
Admin