Skip to content

Selamat Hari Raya Idulfitri

Salam Syawal 1444H!

Debaran Raya sama ada Jumaat atau Sabtu yang lalu telah terjawab! Semua orang meraikan perayaan terbesar Umat Islam dan mereka yang berpuasa penuh 30 hari tanpa ponteng, bergembira di pagi Syawal yang bermula selepas Maghrib malam Sabtu lagi dengan bertakbir! Menandakan kemenangan bergaya dan berganda kepada kita. Gembirakan?

Syukur pada Allah kita melepasi halangan nafsu makan, minum, perkara yang boleh membatalkan puasa, melakukan maksiat dan sebaginya. Anak-anak kita dan tak kurang dewasa juga meraikan malam terakhir berbuka selain bertakbir, dengan membakar duit! Haha.. apa itu? Ya.. mercun, bunga api dan letupan-letupan sebagai tanda kegembiraan dan meraikan. Walaupun tak semua orang menyukainya tetapi menikmatinya jika ada jiran tetangga yang menggunakan kaedah itu sebagai menunjukkan rasa kepuasan untuk beraya.

Bagi ibubapa dan mungkin atuk dan nenek, malam itu pastinya telah tersedia pelbagai juadah tradisional yang pastinya telah tersedia lebih awal. Apakan tidak, kita tidak mahu lagi pisang berbuah dua kali kan? Tidak lagi mahu situasi TIBA-TIBA RAYA berulang lagi seperti Syawal 1443H (tahun lalu 2022) yang ramai pastinya sakit jantung, terkedu apabila raya tidak seperti dijangka. Dan.. pada tahun ini pastinya lebih bersiap sedia dengan Rendang, Ketupat, Lemang, Sate, Lontong dan pelbagai juadah yang menyelerakan. Pastinya…

Untuk anak-anak yang dah berjaya memenuhi puasa 30 hari, pasti ada hadiahnya… Untuk meraikan semangat sedeqah ikhlas, derma, pemberian dan hadiah untuk menggembirakan anak-anak kita (yang biasanya belum bekerja dan berkahwin), bersusun jumlah sedeqah yang pelbagai disediakan di dalam sampul Raya pelbagai bentuk, warna, brand dan jenama untuk diserahkan kepada anak-anak. Dan budaya ini sentiasa HIJAU di kalangan kita di pagi raya dan sepanjang Syawal. Budaya memohon maaf, bermaaf-maafan dan saling bersalaman serta berpelukan akan menghiasi warna pagi Idulfitri tatkala Ibu, Ayah, Adik-beradik, Ipar-duai, Anak-anak, Cucu-cucu berkumpul di dalam satu rumah yang pastinya melengkapkan lagi suasana Hari Raya Idulfitri pada tahun 2023 ini. Syukur kita masih meraikannya bersama.

Dari kami di EmasPerak2u.com, kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf zahir dan batin, mohn ampun jika ada perkataan, perkongsian dan nasihat yang mungkin ada yang terasa, tidak setuju dan mewujudkan ketidaksenangan hati. Kami hanya berkongsi hasrat untuk menjadikan Budaya Menyimpan Emas ini sebagai pilihan utama bagi diri kita, bagi diri anak-anak, bagi masa depan kita bersama, agar nilai yang disimpan, matawang yang kita usahakan untuk simpanan dan hasrat kita dari hasil simpanan kita itu dapat dimanfaatkan dengan lebih bijak, lebih baik, lebih selamat dan lebih berbaloi daripada money saving yang kita telah akui, ia tidak selamat kerana mudah dibelanjakan, mudah digunapakai dan berINFLASI untuk tempoh masa yang panjang.

Semoga duit Raya anak-anak, kita tukarkan kepada emas dengan login ke website kabgold.my. Untuk daftar sebagai penyimpan juga kita hanya klik link bit.ly/ingatgram bagi memulakannya. Dalam pos berikutnya, kami kongsikan bagaimana anak-anak penyimpan emas kami memanfaat uncang emas sebagai wadah atau cara terbaik menyelamatkan duit Raya anak-anak mereka bagi keperluan anak-anak mereka pada masa hadapan. In Shaa Allah.

Semoga perayaan Idulfitri 2023 ini memberikan makna Raya yang sebenarnya. Bukan sekadar meraikan 30 hari berpuasa lengkap di bulan Ramadhan, tetapi juga meraikan kemenangan dalam simpanan aset terbaik yang pernah kita usahakan dan pilih bagi masa hadapan.

SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN

Ikhlas dari kami www.emasperak2u.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *