Tahun lepas KAB Goldynamics Sdn. Bhd. keluarkan Koleksi Masihi. Tahun 2024, fokus untuk Bulan-bulan Hijrah pula. Tujuannya sama. Nak kita semua terpaksa menyimpan.
Bagi yang positif, dia syok. Dia happy. Dia teruja. Sebab apa.. sebab nak fokus simpan konsisten wajib ada drive. Drive dia apa? Drive dia nak kumpul semua koleksi yang dikeluarkan. Sedar tak sedar, dah complete 12 keping. So 12 keoing ni x 1 gram, kan dah cukup matlamat setahun. 12 gram!
Dulu Koi tak kisah sangat koleksi ni. Sebab Koi tahu ia berharga sedikit dari Klasik Item. Sebab kalau nak dibandingkan, klasik item dan keluaran terhad dan special ni, premium di mahal sedikit. Ada yang RM15/kpg. Ada yang RM20/kpg. Ada yang setinggi RM35/kpg!.
Masa Koi tengok harga premium tu.. mula-mula je abaikan. Tapi bila asyik belek dan skrol atas bawah dekat produk item dalam www.kabgold.my, tak best pulak kalau takde. Kalau ada boleh juga buat koleksi. Akhirnya terjebak. Dah jadi kipas susah mati pulak dah!
Kalau difikirkan semula.. setakat nak lebih jimat nilai menyimpan emas, better fokus pada item klasik macam 1 gram, 1 dinar emas, 10 gram dan 5 dinar. Tengok premium dia? Memang nipis sangat nilai sekeping. Tapi.. erm.. tak syok! Tengok design klasik ni, ibarat makan maggi kosong hari-hari. Rasa sama.je… Kosong.. nak juga letak ada bawang, cili, sayur, sotong, udang, ketam…
Ha.. itulah dia Gold Bar keluaran terhad dan edisi special ni kalau Koi boleh definisikan semua item-item ini. Biasalah.. ada sayur, ada udang dan ada ketam, pricey la sedikit harganya. Tapi maggi tetap lah maggi. Begitulah kalau nak di perumpamakan berkaitan Gold Bar Edisi Terhad ini.
Dapat sesuatu?