Ada yang tanya, bagaimana nak buat Saving sebanyak RM5k setahun dengan Emas?
Actually guna RM tak berapa tepat. Tapi kalau dapat menabung Emas 1.25g setiap bulan, akan jumpa jumlah simpanan tersebut pada hujung tahun jika kita konsisten.
Ia nampak macam matematik mudah. 1g harga sekarang dalam RM300. Logiknya kalau dapat simpan 1.25g sebulan, at least kita dah selamatkan perbelanjaan yang menjadi kebiasaan kita kepada simpanan Fizikal bernilai at least dalam jumlah RM410. Darab directnya adalah RM410 x 12 bulan akan berjumpa dengan jumlah terkumpul RM4,920.00. Adakah hasrat nak simpan RM5k tercapai?
Jawapannya pasti dapat. Simpan Emas kita hanya fokus gram berbanding nilai 1g yang dikeluarkan. Sewajarnya dan penting untuk kita fokus adalah matlamat akhir jumlah gram simpanan yang kita target iaitu 15g dan lupakan RM5k! Kita akan jumpa jumlah simpanan yang kita mahukan!
Magiknya.. 15g itu mungkin bukan lagi berjumlah RM5k! Sebab akan ada 2 kemungkinan yang akan berlaku jika kita fokus konsisten simpan Emas iaitu:
- Nilai Emas berubah semakin mahal dan bukan lagi pada harga RM330 se gram menjadikan pemurataan sebulan menjadi lagi banyak jumlah RM nya.
. - Mungkin ia tak jadi 15g sebab seronok dan tak sedar menambah gram. Pengalaman Koi ia akan jadi berat yang lebih besar. Maybe 18g atau 24g.
Ini semua tentang psikologi menyimpan Emas. Kerana tabiat menyimpan Emas akan melatih kita berkira-kira untuk membelanjakan sesuatu yang tiada dalam keperluan. Kita lebih berjimat cermat dan berhati-hati dalam menggunakan duit yang ada.
Lebih baik aku beli Emas daripada membeli⦠begitulah!
.
Semoga bermanfaat!